hubungi saya :01139593915

hubungi saya :01139593915
#RAWATAN URUTAN TRADISIONAL/BEKAM-Ingin bertanya boleh hubungi saya 01139593915

Tuesday, 15 July 2014

7 Sunnah Hebat

Assalamualaikum...semua.. Salam ramadhan hari ke18.
Very nicely written ��

Ustaz Don Daniyal
7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Monday, 14 July 2014

Nusyuz

NUSYUZ

NUSYUZ : Nusyuz adalah istilah agama. Asalnya diistilahkan kepada isteri yang tidak mentaati atau ingkar perintah suami dalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan agama.

Oleh itu Nusyuz ertinya isteri yang enggan mentaati perintah atau permintaan suami yang sah di sisi syarak.

Dalam al-Qur’an perkataan Nusyuz disebut sebanyak 2 kali, iaitu pada surat an-Nisaa’ ayat 34 dan 128. Lafaz Nusyuz pada ayat 34 ditujukan kepada seorang isteri, manakala ayat 128 lafaz Nusyuz ditujukan kepada para suami.

وَاللاَّتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلاَ تَبْغُواْ عَلَيْهِنَّ سَبِيلاً إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلِيّاً كَبِيراً ….

Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).

Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.

Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar”. (QS an-Nisaa’: 34)

وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِن بَعْلِهَا نُشُوزاً أَوْ إِعْرَاضاً فَلاَ جُنَاْحَ عَلَيْهِمَا أَن يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحاً وَالصُّلْحُ خَيْرٌ وَأُحْضِرَتِ الأَنفُسُ الشُّحَّ وَإِن تُحْسِنُواْ وَتَتَّقُواْ فَإِنَّ اللّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيراً"
Dan jika seorang wanita
khawatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikirز Dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tak acuh), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS an-Nisaa’: 138).

Jadi Nusyuz bukan sahaja jatuh kepada pihak isteri sahaja tetapi juga berlaku kepada pihak suami, iaitu apabila suami mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarga, menzalimi isteri dan anak-anak, serta tidak memberi pendidikan Islam kepada anak dan isteri, meremehkan isteri dan menghalang hak-haknya, suami sengaja menjauhkan diri dari isteri serta bersikap acuh tak acuh baik ketika bercakap, persetubuhan dan sebagainya.

Seorang isteri jatuh ke dalam isteri yang Nusyuz ;

i) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya, kerana benci atau seumpamanya;

ii) apabila dia meninggalkan rumah suaminya tanpa izin suaminya;

iii) apabila membantah perintah agama yang di suruh oleh suami, seperti solat, puasa dan sebagainya.

vi) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.

Penyelesaian Terhadap Isteri Nusyuz

Apabila seorang isteri itu telah nusyuz, perceraian bukannya satu-satu jalan keluar, cuba ikuti dahulu kaedah yang Islam syariatkan...Di dalam al-Quran, tindakan yang jelas telah disusun rapi sebagai panduan suami menangani masalah isteri yang nusyuz.

Ia adalah panduan yang digariskan oleh Yang Maha Pencipta, iaitu Allah SWT sendiri.

Tidak dinafikan ia juga adalah resolusi terbaik sekiranya dilaksanakan dengan cara atau langkah yang betul.

1. Nasihat yang baik

-Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh suami apabila mereka mendapati isteri telah nusyuz (derhaka) ialah (dengan segera) memberikan nasihat yang baik kepada si isteri.

Nasihat terbaik adalah dengan mengembalikan si isteri kepada Allah. Ingatkan mereka bahawa tindakannya itu telah menyakiti hati suami dan dikira derhaka serta yang paling penting dari semua itu adalah, telah dikenakan dosa oleh Allah SWT.Isteri yang baik (yang kenal serta beriman dengan Allah, tahu nikmat dan azab yang Allah sediakan) terus akan terdidik dengan nasihat yang baik itu. Sebab itulah, perkara pertama yang menjadi tanggungjawab suami apabila diijab-kabulkan ialah mempastikan isteri betul-betul kenal dengan Allah.

Dunia hari ini menyaksikan ramai orang yang mengaku beriman tetapi tidak betul-betul kenal dengan Allah. Mereka lebih mengenali ibu ayah, sanak saudara hatta diri sendiri lebih daripada mengenali Allah. Padahal, pada diri mereka sendiri itu, tanda-tanda kewujudan, kekuasaan dan keagungan Allah.

Nasihati isteri dengan sifat-sifat isteri Rasulullah, isteri para sahabat dan orang-orang soleh. Izinkan mereka berfikir dan membuat perbandingan sifat mereka berbanding dengan isteri orang-orang yang disebutkan tadi. Pandulah di mana-mana sekiranya mereka memerlukan. Isteri boleh dianggap anak murid pertama dan yang sentiasa mendapat prioriti pertama dalam segala hal.

Ingatkan isteri bahawa dunia akhir zaman ini memang indah untuk dikejar. Kadang-kadang berlaku sehingga suami tertinggal jauh di belakang. Ingatkan mereka bahawa dalam peristiwa israk dan mikraj, nabi diperlihatkan isi neraka. Ramai penghuninya adalah golongan wanita. Ramai isteri orang. Suruh mereka cari penyebabnya dan kalau tak jumpa, maka di antara jawapannya adalah “isteri nusyuz…”

2. Asingkan tempat tidur

-Tindakan kedua apabila selepas beberapa ketika isteri masih meneruskan perangai nusyuznya itu ialah mengasingkan tempat tidur, iaiatu suami tidak tidur bersama mereka di tempat tidur khas untuk anda berdua selama ini. Dan anda berada di dalam rumah anda (yang sama). Jangan lupa untuk tidak bercakap kerana langkah pertama iaitu nasihat yang baik itu telah berakhir.

Langkah kedua ini adalah lebih kepada perbuatan bukan percakapan. Tetapi tempoh tidak bercakap jangan melebihi 3 hari, kerana hal itu dilarang oleh Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam.Isteri, kalau benar masih ada rasa hormat dan sayang pada suaminya, pasti akan terasa (kekurangan, hina) apabila sahaja si suami mengalihkan pandangan daripadanya. Inikan pula kalau sudah tidak ingin lagi tidur di sebelahnya.

Mereka akan terfikir bahawa mereka sudah tidak ada nilai isteri lagi. Kerana semua peradaban baik mengetengahkan bahawa, tempat isteri adalah di sisi suami.

3. Memukulnya dengan pukulan mendidikJangan anda fobia dengan perkataan pukulan. Dalam Islam memang Allah ajar. Anak kalau umur 10 tahun juga masih liat (tak nak) solat, pukul. Kalau tak pukul, anda akan hadapi masalah. Kerana ajaran pukul ini adalah daripada Allah.Pukul isteri.

Allah tegaskan, dengan pukulan yang tidak mencederakan. Iaitu pukulan mendidik. Sebab itulah, selepas ajaran kedua (mempastikan jatidiri isteri) yang perlu disematkan oleh si suami di malam pertamanya, maka perlu ajaran ketiga iaitu beritahu mereka apakah tindakan yang suami akan lakukan kalau didapati isteri itu dan ini. Jangan lupa beritahu isteri juga bahawa, kalau suami dah mulakan langkah menangani nusyuz, maknanya nafkah (zahir batin) pun turut akan dihentikan sama.Jangan anda masih terfikir bahawa nafkah batin itu adalah seks. Tafsiran itu telah lapok dan agak ketinggalan zaman. Seks adalah nafkah zahir. Sebab ia menggunakan benda zahir yang nampak. Sebaliknya nafkah batin itu adalah kasih sayang, perhatian, perasaan dan sebagainya yang melibatkan hati yang memang tak nampak. Sebab apa-apa yang batin itu diistilahkan kepada perkara yang tak nampak.Apa reaksi isteri yang insafSukacita diulangi.

Kalau isteri anda baik. Apabila sahaja anda mulakan kuliah agama padanya, dia dah mula sedar. Kali pertama mereka pasti menangis. Kalau dah banyak kali, susah dah nak menangis, tetapi suara akan berubah. Muka tunduk. Insaf. Terutama apabila dengar al-Quran yang ditafsirkan (diulang tafsir) oleh suaminya sendiri. Saidina Umar al-Khattab pun cair dengar al-Quran, inikan pula seorang perempuan yang berstatuskan isteri.

Oleh itu walau di mana letak diri anda, mulakanlah dari langkah yang pertama apabila ingin selesaikan masalah nusyuz. Kalau setelah 10 tahun berkahwin, anda belum kenalkan diri isteri kepada Allah, mula perkenalkanlah.

Begitulah langkah-langkah yang seterusnya. Sabarlah kerana anda sebenarnya telah terlewat. Ini mungkin petanda Allah sayangkan diri anda, kerana Dia menginsafkan anda di dunia sebelum akhirat.KesimpulanSekiranya semua langkah perlu sudah anda ambil, tetapi isteri masih belum sedar akan perbuatan nusyuznya, maka anda perlu pula mulakan langkah untuk tidak lagi kekal bersama sebagai suami isteri.

Langkah pertama yang dianjurkan Islam adalah melantik seorang wakil di pihak anda dan seorang di pihak isteri bagi membincangkan masalah kamu berdua.Sekiranya itu pun tidak dapat diselesaikan, bawakan kes ini ke muka pengadilan dunia. Bawa isteri ke sisi kaunseling, jumpa qadhi atau apa sahajalah tindakan kerana isteri anda memang selayaknya ditinggalkan (sekiranya dia masih, masih dan masih meneruskan sifat nusyuznya itu)

Semoga kita semua (sebagai suami atau isteri) dijauhkan daripada segala keburukan dan kejahatan diri sendiri, orang lain, syaitan serta sekutu-sekutunya itu. Wassalam.

30 Perkara yang perlu dijauhi oleh wanita

PESANAN BUAT WANITA

Buat Peringatan dan Renungan !

SEMUA  30 PERKARA YANG PERLU DIJAUHI OLEH WANITA 

1. Menyambung rambut palsu

2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi

3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi

4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain

5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama

6. Membuka rahsia hubungan suami isteri

7. Berpuasa sunat tanpa izin suami

8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami

9. Derhaka kepada suami

10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas

11. Mengingkari kebaikan suami

12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram

13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya

14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram

15. Menyerupai lelaki

16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami

17. Memandang aurat wanita lain

18. Keluar rumah tanpa ada keperluan

19. Masuk permandian awam

20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah

21. Meratapi kematian

22. Berhias atas meninggalnya seseorang

23. Menghantar jenazah

24. Mempercayai dukun dan peramal

25. Menyumpah anak-anak sendiri

26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim

27. Menganiaya pembantu

28. Mengganggu jiran

29. Minta cerai kerana suami sakit

30. Minta cerai kerana suami menikah lagi 

Jom konsikan kepada semua...semoga kebahagiaan rumah tangga di perolehi dr keredhaan Allah...amin

Sunday, 6 July 2014

Rawatan Vitamin C serlahkan kulit CERAH dan BERSERI

Kandungan Vita C Shaklee  memang yang dihasilkan daripada buah oren memang asli  dan mengandungi vitamin C.

Sesiapa yang dah cuba pasti terpegun melihat kulit sendiri dalam cermin yang dulu gelap dan kusam dan kini Cerah dalam tempoh 7 hari tanpa menggunakan krim.Hanya denagn mengamal dengan mengambil 1 biji sehari.
terataihumaira.blogspot.com

Jom tengok cermin...'aku dah cerah dah sekarang..sebab makan Vita C Shaklee tau...'

Vitamin C bukan sahaja baik untuk kesihatan malah ia juga adalah ramuan yang paling mujarab untuk merawat pelbagai masalah kulit.

Khasiat yang terkandung didalam vitamin C membantu wanita memiliki kulit wajah yang mulus,gebu dan awet muda.

Khasiat yang paling porpular adalah mencerahkan kulit.Maka tidak hairanlah,ramai wanita yang sanggup berhabis wang untuk mengambil vitamin C sama ada menerusi makanan  tambahan ,suntikan ,rawatan dan secara oral.


RAWATAN VITA C SHAKLEE CERAHKAN KULIT TEMPOH 7 HARI.

terataihumaira.blogspot.com

Dengan 1 biji sehari sebelum tidur sahaja bersama shaklee kulit akan menjadi Cerah semula jadi.

"Ianya akan membuat kulit lebih cerah ,sihat,gebu sentiasa selepas 7 hari  dan diamalkan setiap hari berterusan.Anda akan memiliki rawatan SEMULAJADI".

Bermasker dengan VITA C shaklee juga menjimatkan kos dari membeli krim pencerahan yang lain hanya VITA C shaklee yang boleh menimati semua ini.

terataihumaira.blogspot.com




Saturday, 5 July 2014

10 TIP berkesan kekalkan berat Ideal

Ramai yang di luarsana yang masih tidak tahu bagaimana tip yang berkesan untuk dapatkan berat yang ideal..Sebenarnya bukan mudah...nak cantik seperti Ayu Raudah yang kekalkan berat badan beliau walaupun selepas melahirkan anak...

terataihumaira.blogspot.com
                                                                 Sentiasa anggun walaupun beranak satu....

10 tip yang dapat di kongsi yang di petik dari majalah RAPI di bahagian Fokus Diet:-

1-BADAN MENGATAKAN 'RASA LAPAR'

Atasinya :

Makanlah jangan tahan2...tapi ambik dalam kuantiti yang sedikit daripada karbohidrat kompleks dan Protein.

Shaklee:

ESP dan Out dapat membantu sentiasa kenyang dan bertenaga.

terataihumaira.blogspot.com



2-FIKIR HIDANGAN YANG TIDAK BANYAK KOLORI

Atasinya:

Tidak semua makanan mengandungi kalori yang banyak.Kalori roti mentega dan kerepek kentang besar daripada nasi yang mengeyangkan.Salain itu ,cubalah belajar kira kolari yang ada dalam laman web kesihatan .Bergitu juga anda membeli snek,lihat lebel nutrisinya dan bandingkan.

Shaklee:

Lecithin yang hanya di makan 3 biji pagi dan 3 biji  malam selepas makan.Tidak perlu risau kalori dan lecithin akan tolong anda bakar kolari.

terataihumaira.blogspot.com


3-PENGAROH METABOLISMA

Atasinya:

Tolong sesuaikan keperluan kalori anda mengikut jintina,usia dan berat badan yang anda miliki.Jangan berlebihan kerana ianya akan menambah berat badan anda.Ini kerana tenaga juga penting untuk tubuh badan anda.

Shaklee:

ESP dan Lecithin sangat membantu menguruskan tenaga dan menurunkan kalori.

terataihumaira.blogspot.com
Testimoni 

4-MINUM SELAIN AIR PUTIH

Atasinya:

Anda boleh memilih air meberal water atau air putih jika anda berusaha menurun berat badan.Jika ingin minum jus buahan ,buat sendiri kerana jus buahan komersial mengandungi banyak gula dan menambah kolari dalam badan.

Shaklee:


Perfomen Drink air bertenaga diet yang mudah dan mengurangkan kolari dan mengawal gula dalam darah.

terataihumaira.blogspot.com


5-SUKA MENGUNYAH

Atasinya:

Dengan potongan buahan2an segar.Untuk mengelakan rasa bosan,anda boleh menggantikan buah2an lain setiap hari.

Shakee:

VIVIX rasa buah anggur hutan yang sedap...sehari sesudu boleh dijadikan minuman jus...atau di makan bergitu sahaja sekali sehari.Mengelakan rasa bosan dan rasa cergas sepamjang hari.

terataihumaira.blogspot.com
Bila dah cantik ...sering nak lihat cermin mana ada masa nak kunyah dah...betul tak?:-)


6-BADAN 'TERBIASA' DENGAN SENAMAN


Atasinya:

Oleh itu teruskan senaman dengan pergerakan ringan 15 minit sehari.

Shaklee:

Dengan Alfalfa buat anda seperti bersenama dengan bertenaga.

terataihumaira.blogspot.com
Power tu..lepas tu minum perfoment drink ...terus bertenaga....

7-TERLALU BANYAK MENGURANGKAN KALORI

Atasinya:

Pilihan terbaik adalah dengan mengambil kalori yang bersesuai dengan aktiviti yang di lakukan .Ini kerana pengambilan kolari yang bersesuaian dengan keperluan adalah cara bijak untuk anda mendapatkan badan yang sihat dan menjaga badan ideal.

Shaklee;

Ber ESP lah kita sepanjang hari kekalkan kalori sihat dalam badan.


8-KERAP MAKAN DI LUAR

Atasinya:

Menjaga berat badan memerlukan usaha yang keras.Disiplin dalam menjaga pola hidup sihat adalah cara yang afektif untuk menjaga berat badan.

Shaklee:

Minum ESP inyallah tak makan luar kerana kenyang yang mengambil masa yang panjang.Sudah kenyang kenapa nak bazirkan duit untuk makan di luar.


9-MAKAN WAKTU MALAM

Atasinya:

Pastikan anda tidak membiarkan badan anda kelaparan  kerana tidak makan dari pagi hingga petang.Lebih baik anda makan tengahari berbanding dari  makan yang banyak pada waktu malam.Gantikan dengan bijirin dan makanan berprotien yang boleh anda kenyang.

Shaklee:-

Esp dan Nestum makanan yang kenyang boleh di minum pada waktu malam dan tak perlu makan berat2 pada malam hari.Kalau tidak gemuk lagi nanti susah nak kurus.


10-BONUS DENGAN MENU DIET

Atasinya:

Susunlah menu diet yang pelbagai.Masaklah baha
anan yang berbeza setiap hari.Contoh Ikan panggang,ayam bakar,sayuran dan sebagainya.



"HIDUP SIHAT KELUARGA BAHAGIA"



Rahsia kecantikan ARTIS luar negara dan malaysia

Sedang BT membaca majalah RAPI....di bahagian masej DIET untuK para pembaca...

BT rasa kagum dengan satu kumpulan terkenal iaitu Kumpulan Girlband Secret...

terataihumaira.blogsport.com

Yang tidak asing di malaysia telah kongsi rahsia kecantikan mereka.....

"Kami mengamalkan diet dengan makan menu protein tinggi dan mengelakan karbohidrat.Kami juga hanya makan ikan dan susu.Karbohidrat hanya diperolehi dari ubi.Bagi mendapatkan keperluan serat untuk tubuh,kami amalkan makan sayur-sayuran."
                                                                      Kumpulan Girlband Secret.

Bergitu juga dengan artis malaysia iaitu 'AYU RAUDAH' adik kepada perlakon jelita Che Tah kita...yang menjaga kecantikkan beliau dengan melanggan produc Shaklee :

terataihumaira.blogsport.com
Kerana itu beliau kekal cantik dan ayu.....

Jadi saya kini sekeluarga telah pilih untuk sihat dan cantik dengan menjadikan ESP makanan yang satu kemestian kami sekeluarga yang mengandungi PROTEIN YANG TINGGI.......

terataihumaira.blogsport.com

Jadi saper yang nak jadi macam artis boleh le ber ESP sekeluarga.Ia boleh diminum  sejak dari umur setahun lagi ....so ...apa tunggu lagi JOM....


BT

01111915798

Makan Pisang Setiap hari

Siapa yang tak suka makan pisang ?

Rugi tau...Kalau tak suka.......baru2 ni BT menjejak kaki ke Sri Langla...pelbagai jenis pisang yang BT jumpa dari yang kecil dan hingga le besar.

BT fikir pisang di sri Langka ni adalah adat resam mereka kerana setiapkali singgah mesti di hidangkan Pisang...

Rupa2nya buah yang mesti dimakan dan jadi kebanggaan mereka...hebatkan...

Saya pula memang suka makan pisang setiap hari.

terataihumaira.blogspot.com


TAHU KENAPA??

PISANG di percayai dapat menghilangkan lemak di bahagian perut dan wajah pun semakin mengecil.

terataihumaira.blogspot.com
comel kan ......


*Sarapan:

Ambilah 2 biji atau 1 biji pisang dan minum air.
*Makan tengahari dan malam :-

Nikmati hidangan apa saja tetapi dalam kuantiti yang kecil .

DENGAN CARA INI,ISYALLAH DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN 6 KILOGRAM HANYA DALAM MASA EMPAT MINGGU .


ITULAH RAHSIA JIKA BT LIHAT WANITA SRI LANGKA BERPAKAIAN SARI ,WALAUPUN BERBADAN BESAR TAPI PIMGGUL TETAP CANTIK.