hubungi saya :01139593915

hubungi saya :01139593915
#RAWATAN URUTAN TRADISIONAL/BEKAM-Ingin bertanya boleh hubungi saya 01139593915

Tuesday 6 May 2014

Pilih nak makan roti 'mil penuh' untuk sihat

Kenapa pengidap penyakit kencing manis dilarang memakan roti putih?

Pemakanan roti putih yang banyak menyebabkan tubuh kita menghasilkan gula yang banyak di dalam darah (ia dipanggil makanan indeks glikemik yang tinggi). 

Untuk menangani masalah ini, tubuh secara automatik akan menghasilkan hormon insulin yang banyak untuk meneutralkan gula di dalam darah.  

Hasilnya proses perubahan biokimia ini mendatangkan kesan yang memudahkan penghasilan sel-sel kanser di dalam tubuh.Ada banyak lagi kajian yang menunjukan makanan indeks glikamik tinggi (High Glycaemic Index Food - GI) mempunyai kaitan yang rapat dengan kanser. 

Ia sudah diterbitkan dalam beberapa jurnal antarabangsa seperti International Journal of Cancer. 
Berdasarkan maklumat daripada majalah i-sihat. Antara sebab roti putih mesti dihindari ialah :

1. Semasa proses pembuatan roti putih terdapatnya proses penyulingan – roti putih diperbuat daripada tepung putih halus daripada butiran tepung gandum.
Ia melalui proses penyulingan sebelum diPUTIHkan dengan agen peluntur kimia yang mengandungi klorin. Setelah itu, tepung akan dikeringkan pada suhu yang tinggi sebelum “gluten” sejenis bahan ditambah untuk menghasilkan lebih udara dalam roti.

Impak daripada hasil campuran bahan kimia ini sebenarnya akan memudaratkan tubuh. Metabolisme badan terganggu kerana ketiadaan serat dalam roti yang hilang ketika proses penyulingan.
Serat sangat diperlukan tubuh badan untuk melancarkan proses pencernaan, mengawal berat badan, mencegah risiko sakit jantung, kanser dan diabetis.

2. Kandungan karbohidratnya yang tinggi tidak mampu membantu kita untuk mencapai berat badan yang diimpikan.
Kecekapan sistem pencernaan akan semakin berkurangan dan ini menyebabkan lemak-lemak terkumpul. [ ternyata ia tidak baik untuk mereka yang mengamalkan diet]

3. Kekurangan khasiat dalam roti putih akan menyumbang kepada penyakit Osteoatritis atau tulang rapuh.
Keadaan ini selalunya akan berlaku pada tulang belakang, pergelangan tangan dan pinggul yang berubah menjadi semakin nipis, lemah dan mudah retak.

♥Roti Altenatif

Sebagai pilihan, makanlah roti 'mil penuh'(wholemeal bread) yang berwarna perang dan tidak menggunakan tepung putih yang telah melalui berbagai proses "pembersihan" atau "pengurangan nutrien" yang dipanggil "refine" atau "bleach.

Antara kelebihan roti ini ialah kaya dengan vitamin B kompleks, roti gandum yang dihasilkan daripada bijian penuh (whole grain) yang belum diproses juga kaya dengan serat, vitamin E, zat besi, zink, asid folat dan anti oksidan.

Kandungan karbohidrat kompleks di dalam roti mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Amat sesuai kepada mereka yang mengamalkan diet sihat. 

Roti gandum penuh ini juga dianggap salah satu 'superfood' yang mesti dimanfaatkan untuk kesihatan.

Roti gandum penuh ini juga dikeluarkan oleh Gardenia dan High 5 dan boleh didapati di pasaraya. Harganya lebih mahal daripada roti putih. Biarkan mahal sedikit asalkan kita dan keluarga tidak berdepan dengan musibah penyakit kronik satu hari nanti.
Keluaran Gardenia Roti ini agak kasar dan berwarna perang.
Mungkin mula-mula pengambilan roti ini rasa tidak sedap dan sukar ditelan. 
Kanak-kanak sukar untuk memakannya kerana dah biasa makan roti putih yang lembut dan ‘berseri’ dengan zero nutrien. Jangan fikirkan sedap no 1.
Ubah kepada sihat insyallah allah mudahkan...

Rujukan :

Majalah i-sihat

Saturday 3 May 2014

Formula kira berat badan ideal

Body Mass Index disingkatkan =(BMI) ....iaitu merupakan pengukuran yang membandingkan berat dan tinggi badan seseorang.

Meski nilai yang dihasilkan dari formula BMI bukan sebagai patokan jumlah lemak dalam tubuh, namun nilai BMI boleh dijadikan perkiraan apakah seseorang memiliki tubuh yang ideal dari perbandingan tinggi dan berat badannya.

Formula BMI digunakan di seluruh dunia sebagai alat diagnosa untuk mengetahui problem berat badan seperti terlalu kurus, kurus, normal, atau gemuk.

Hasil BMI telah menjadi standat dan ditetapkan oleh WHO.

Di Asia nilai BMI yang berlaku berbeza dengan nilai BMI di negara Barat.

BMI = Berat (dalam kg) / Tinggi2(dalam meter) 

Hasil perhitungan BMI untuk orang di Asia Tenggara disusun seperti berikut:

DI LAMPIRKAN DALAM GAMBAR RAJAH

Di dalam gambar rajah 40 Nilai perhitungan dari formula BMI lebih sesuai digunakan oleh orang dewasa.

Untuk anak-anak, wanita hamil, dan orang yang sangat berotot, maka nilai BMI tidak dapat digunakan.

Nilai BMI juga boleh  menentukan besarnya risiko terkena penyakit akibat berat badan seperti jantung dan 
diabetes.

Jadi dari perhitungan pada kotak di atas, apakah Anda termasuk kurus, ideal, atau gemuk?

Jom kita kira dengan alat hitung ini untuk mengetahui berat badan Anda, keluarga, dan teman-teman Anda.