hubungi saya :01139593915

hubungi saya :01139593915
#RAWATAN URUTAN TRADISIONAL/BEKAM-Ingin bertanya boleh hubungi saya 01139593915

Monday 10 February 2014

Soal jawab perubatan Al-Quran (Sakit Kencer Payudara)


Soal jawab perubatan Al-Quran


Dalam erti kata lain, perjuangan melawan kanser melalui rawatan moden, tidak akan pernah selesai dan menemui kesudahannya jika diri tidak berserah kepada ALLAH dan meminta pertolongan dari-NYA. Firman Allah didalam Al Quran

“Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman....” (Al Israa’ 82)

“....Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku..” (Al Baqarah, 186)


Konsep perubatan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran ini adalah ibadah. Justeru tiap amalan perubatan ini adalah bersandarkan amalan ibadah serta doa dan munajat. Konsep inilah yang akan menghasilkan keputusan “2 in 1”, iaitu disamping mendapat kesembuhan, diri juga akan lebih dekat dengan ALLAH s.w.t.

Sesungguhnya kesakitan bukanlah alasan untuk kita menjauhi diri daripada ALLAH. Dan kesakitan bukanlah alasan untuk kita meninggalkan ibadah samada wajib ataupun sunat. Fasafah kesakitan menurut islam adalah sebagai wahana untuk ALLAH menghapuskan dosa-dosa kita yang terdahulu, dan meningkatkan darjat kita disisi-NYA. Justeru, berdoa ketika sakit lebih dipandang ALLAH berbanding ketika sihat. Hal ini kerana ketika seseorang itu sihat, ia akan berdoa dan beramal dengan sambil lewa, kerana belum merasakan peritnya sebuah musibah kesakitan. Namun, apabila seseorang itu sakit misalnya, ia akan berdoa kepada ALLAH dengan penuh kusyuk, tawadhuk serta penuh pengharapan supaya ALLAH memakbulkan doanya dan menyembuhkan penyakitnya.


Membaca beberapa rangkaian ayat-ayat suci Al Quran.

 Namun, secara umumnya, ayat-ayat Al Quran yang berfungsi sebagai “egen” penyembuh kanser adalah bermula dengan surah Al Mukminun, ayat 91 hingga 100 dan surah Al Hajj, bermula ayat 31 hingga 55.

Ayat-ayat Surah Mukminun tersebut adalah untuk bacaan pada waktu malam sebanyak 3 kali samada selepasa maghrib atau isyak ataupun mana-mana masa yang sesuai pada waktu malam, atau boleh juga dibacakan didalam sembahyang samada fardhu, atau Qiyammulail.

Ayat-ayat surah Al Hajj tadi pula adalah untuk bacaan siang sebanyak 3 kali selepas subuh, atau zohor atau asar. Jika tidak sempat, maka boleh pada bila-bila masa diwaktu siang. Kesimpulannya, tiada alasan “sibuk” atau tidak sempat untuk seseorang pesakit itu melakukan amalan ini. Selepas setiap kali membaca ayat-ayat ini, pesakit boleh berdoa kepada ALLAH s w.t agar sakit mereka tersebut disembuhkan ALLAH. Ingat, berdoa dengan penuh KEYAKINAN bahawa ALLAH berkuasa menyembuhkan tiap-tiap penyakit yang ada di dunia ini. Kita telah pun berikhtiar dengan membaca ayat-ayat ini, lalu berdoalah dan bertawakkallah kepada ALLAH, insya ALLAH, pesakit akan merasakan perbezaannya setelah melakukan amalan ini beberapa hari.

Dua rangkaian ayat yang saya berikan itu tadi, (al Mukminun, al hajj), hendaklah diamalkan selama empat hingga lima minggu. Baca dengan seikhlas hati dan penuh KEYAKINAN. Setelah empat hingga lima minggu membaca ayat-ayat tadi, maka pesakit perlu pula membaca dua dari rangkaian surah-surah dibawah ini .


Surah Al Anbiya’ ayat 38 hingga 50
Surah Huud ayat 60 hingga 80
Surah An Nahl ayat 90 hingga 110
Surah Yunus ayat 55 hingga 70
Surah Qasas ayat 66 hingga 88
Surah Ibrahim ayat 9 hingga 22
Surah Al Kahfi ayat 38 hingga 60
Surah Yunus ayat 71 hingga 89

Berdoa.

Doa merupakan terapi perubatan yang sangat sangat mujarab dan berkesan. Doa adalah medium komunikasi kita dengan ALLAH. Semasa berdoa, kita sebenarnya sedang bercakap dan mengadu kepada ALLAH. Siapa yang lebih layak untuk kita mengadu selain dari ALLAH? Hanya ALLAH sahajalah sebaik baik pendengar. Dengan berdoa, hati dan jiwa kita akan lebih tenang. Dan sepertimana yang kita sedia maklum, ketenangan AMAT penting dalam proses penyembuhan kanser. Ingat, kita berdoa, ALLAH pasti kabulkan, dengan syarat kita berdoa dengan penuh pengharapan dan keyakinan, dan bukan kerana arahan atau suruhan sesiapa. Berdoalah dari hati dan jiwa yang ikhlas, pintalah, ALLAH maha mendengar. Sabda nabi s.a.w ;

“Hai manusia, tenangkanlah diri kamu, sesungguhnya kalian bukanlah berdoa kepada yang tuli dan tidak pula kepada yang ghaib, sesungguhnya kamu sedang berdoa kepada Tuhan Yang maha Mendengar lagi Maha Dekat. Dia selalu bersama kamu..” (Riwayat Bukhari dan Muslim melalui Abu Musa r.a.)

Berdoalah kepada ALLAH. Tidak semestinya doa itu didalam bahasa Arab. Berdoalah dalam apa jua bahasa. Berdoalah dari hati dan lisan, serta tangan yang menadah mengharapkan perkenan dari ALLAH. Dalam sebuah hadis sahih nabi s.a.w bersabda.

“Sesungguhnya tuhan kalian itu adalah Dzat Yang Maha Pemalu dan Maha Pemurah, DIA merasa malu terhadap hamba-Nya yang menadahkan tangannya kepada-Nya kemudian Dia mengembalikannya dengan hampa” ( hadis riwayat Ibnu Majjah)


Yakinlah kepada ALLAH, berdoalah kepada-NYA. Kerana kuasa mutlak penyembuh ada pada ALLAH. Jika kita berusaha berubat ke seluruh dunia pun, jika tanpa doa dari kita dan perkenan dari-NYA, maka penyakit tetap tidak akan sembuh. Kerana itu, dalam rawatan kanser dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran ini, doa adalah ‘ubat’ terpenting selepas bacaan rangkaian ayat-ayat syifa’ kanser dari Al quran.

Solat Tahajjud.

Kajian menunjukkan, solat tahajjud yang diamalkan secara konsisten, berupaya meningkatkan sistem pertahanan diri (immunity) dimana kualiti oksigen yang sangat segar di waktu awal pagi yang di hirup khusus untuk hamba-Nya yang bangun untuk solat tahajjud. Amalan ini amatlah digalakkan untuk dilakukan oleh pesakit disamping mengamalkan ayat-ayat Quran yang telah diberikan. Solat tahajjud mampu membina sistem pertahanan tubuh dari penyakit dari terus merebak, dan dalam masa yang sama, hati pesakit akan lebih tenang dan akan lebih positif terhadap ujian kanser tersebut. Solat tahajjud dilakukan di waktu malam sebaik sahaja selepas pesakit tidur untuk seketika. Aktiviti bangun malam dan membasahkan diri dengan wudhuk ini, memberi kesan yang amat positif kepada kesihatan seseorang secara umumnya, dan kepada pesakit itu sendiri secara khususnya. Sememangnya, solat pada waktu malam dan awal pagi dimana waktu dan persekitaran yang tenang, akan membawa kita jauh melayangkan jiwa ini agar hampir kepada ALLAH. Bacaan pula akan lebih kusyuk dan hati kita hadir dengan setiap bacaan tersebut. Firman ALLAH ;

Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan..” (Al Muzammil, 6)

Solat Taubat.

Solat taubat dapat membersihkan jiwa dan rohani seseorang. Apabila kita bertaubat kepada ALLAH dan memohon kepada ALLAH dengan seikhlas hati dan penuh tawadhuk dan rendah diri, isnya ALLAH taubat kita akan diterima. ALLAH itu maha pengampun lagi maha penyayang. Maka bertaubatlah kepadanya, agar diri dan jiwa kita dibersihkan, lalu penyakit kita disembuhkan dengan doa dan amalan yang berterusan. Amatlah penting untuk kita solat taubat memohon ampun kepada ALLAH. Kerana, musibah yang menimpa kita ini, adalah sebagai kafarah dosa-dosa kita yang terdahulu. Justeru, pintalah keampunan kepada ALLAH, dan bersegeralah melakukannya. Firman ALLAH ;

“ maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat..” (An Nasr, 3)


Maka, bersegeralah bertaubat, ingatlah, dosa-dosa kita merupakan penghalang kepada doa-doa kita. Dengan melakukan amalan ini, disamping mendapat kemapunan ALLAH, dengan izin ALLAH doa kita akan dimakbulkan, serta ALLAH akan mendengar rintihan penyakit kita agar disembuhkan insya ALLAH.

“Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Adalah Rasulullah s.a.w. membaca ketika sujud : "Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, baik yang kecil maupun yang, besar yang mula-mula dan yang penghabisan, yang terang-terangan dan yang tersembunyi." (Hadis sahih riwayat Muslim)
Solat Hajat.

Solat ini dilakukan selepas solat taubat. Setelah menyesal dan mengakui segala dosa kita, maka selepas itulah kita pohon dan pinta kepada ALLAH agar disembuhkan sakit yang menimpa diri. Sebaik-baik cara memohon, adalah bersolat hajat, dan sebaik-baik masa memohon didalam solat hajat adalah semasa sujud. Pintalah kepada ALLAH dengan penuh keyakinan, ALLAH pasti akan kabulkan.

Zikir tahlil (La Ila ha Illa ALLAH)
Kalimah mulia ini bermaksud tiada tuhan yang disembah selain dari ALLAH. Tiap kali berzikir tahlil ini, hati kita mengingati ALLAH, dan menafikan tuhan yang lain, selain dari ALLAH. Kadangkala, musibah yang menimpa kita ini adalah sebagai cemeti, untuk memukul kita supaya kembali pulang kepada ALLAH. Kerana itulah saya menekankan amalan-amalan zikir ini agar pesakit kembali menghampirkan diri dengan ALLAH seterusnya memohon agar penyakit itu disembuhkan. Pesakit digalakkan berzikir sepanjang masa. Dan sebaik-baik zikir adalah didalam hati. Kajian sains juga turut mendapati, dengan berzikir tahlil ini, perjalanan darah akan lebih lancar didalam tubuh. Jadikanlah hati kita ini sentiasa berzikir mengingati tuhan. Amalan itu akan membuatkan jiwa kita menjadi tenang. Dan, ketenangan merupakan nilai paling berharga untuk seseorang pesakit kanser. Kanser mampu pasif didalam tubuh andai pesakit itu tenang, sebaliknya, kanser yang telah pasif juga mampu kembali aktif seandainya pesakit itu stress dan berada dalam tekanan emosi dan fikiran. Jadi, sebagai seorang Islam, terapi paling baik untuk menjadikan hati kita tenang adalah dengan berzikir mengingati ALLAH pada setiap masa.

Firman ALLAH ; “orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah (zikiruallah). Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram..” (Ar Ra’ad, 28)


AMIN...MUDAH2AN.......


No comments:

Post a Comment