hubungi saya :01139593915

hubungi saya :01139593915
#RAWATAN URUTAN TRADISIONAL/BEKAM-Ingin bertanya boleh hubungi saya 01139593915

Saturday 19 April 2014

Barah pangkal rahim.

Barah pangkal rahim, adalah barah yang kedua tertinggi kejadiannya di kalangan kaum wanita selepas barah payu dara.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan program saringan bagi barah pangkal rahim ini. Program ini dipanggil sebagai Program Saringan Pap Smear.

Program ini telah membantu dalam mengesan pada peringkat awal dan mencegah berlakunya keujadian barah pangkal rahim yang amat merbahaya.

Apakah barah pangkal rahim?


Rahim adalah sebahagian daripada badan manusia di mana janin berkembang. Pangkal rahim berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj. Di dalam barah pangkal rahim, sel-sel di pangkal rahim bertindak secara tidak normal. Ia membesar membentuk bonjolan yang disebut tumor. Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang dan merebak ke bahagian badan yang lain.

Apakah faktor risiko barah pangkal rahim?

Pertama:

Melakukan hubungan seks pada usia yang awal atau terlalu muda.

Kedua:

Mempunyai pasangan seks yang ramai.

Ketiga:

Mendapat jangkitan sejenis kuman iaitu virus Human Papilloma di pangkal rahim.

Keempat:

Mempunyai sistem ketahanan badan yang lemah seperti mendapat jangkitan kuman HIV.

Kelima:

Wanita yang berumur melebihi 40 tahun.

Di Malaysia, setiap tahun lebih kurang 1060 orang wanita dikesan menghidap barah pangkal rahim. Ia lebih kerap berlaku di kalangan wanita yang berumur 40 tahun ke atas.

Ini kerana sel barah mengambil masa bertahun-tahun untuk terbentuk.

Namun begitu, terdapat juga wanita yang lebih muda mendapat barah pangkal rahim. Keadaan ini berlaku kerana terdapat juga sel barah yang dapat terbentuk dalam masa yang singkat.

Keenam:

Wanita yang menghisap rokok.

Ketujuh:

Mengambil pil perancang melebihi 5 tahun bagi wanita yang telah dikenal pasti mempunyai jangkitan virus Human Papilloma.

Kelapan:

Mempunyai anak yang ramai terutama bagi wanita yang mempunyai jangkitan virus Human Papilloma.

Apakah tanda-tanda menghidap barah pangkal rahim?

Biasanya, tiada tanda-tanda awal yang dikenal pasti. Pada peringkat awal, barah pangkal rahim tidak menyakitkan. Wanita akan kelihatan sihat seperti biasa:-

1-Tanda-tanda bahawa barah pangkal rahim sudah berada pada peringkat bahaya ialah pendarahan dari saluran faraj yang berlaku di luar daripada masa datangnya haid atau darah kotor.

2-Pendarahan dari faraj selepas melakukan hubungan seks.

3-Darah haid yang keluar dengan banyak dan berpanjangan.

4-Keluar darah haid sedangkan wanita itu sudah putus haid.

5-Keluar cecair dari faraj secara berlebihan.

6-Sakit selepas melakukan hubungan seks.

7-Sakit pada bahagian pinggang, belakang, kaki dan turun berat badan secara mendadak berserta tanda-tanda yang telah disebutkan.

Bagaimana melindungi diri anda  daripada barah pangkal rahim?

♥♥Ia boleh dilakukan melalui ujian pap smear. Ujian pap smear adalah mudah dan tidak menyakitkan. Ujian pap smear boleh mengesan barah pangkal rahim pada peringkat yang lebih awal.

♥♥Rawatan yang mudah pada peringkat awal ini boleh membawa kepada penyembuhan sepenuhnya.

Kenapa ujian pap smear dilakukan?

♥♥ Ujian pap smear dilakukan untuk mengesan perubahan sel yang tidak normal di bahagian pangkal rahim.

Mungkin anda tidak selesa untuk melakukan ujian ini tetapi ujian ini tidak menyakitkan.

♥♥Anda akan diminta baring di atas katil pemeriksaan dalam kedudukan seperti hendak melahirkan anak secara kelahiran biasa.

♥♥Doctor atau jururawat akan memasukkan alat yang dipanggil speculum di dalam saluran faraj. Alat ini akan membolehkan doctor atau jururawat melihat pangkal rahim anda.

♥♥Kemudian, alat yang dipanggil spatula akan digunakan untuk mengambil sedikit sel daripada pangkal rahim anda. Sel-sel dari permukaan pangkal rahim ini akan diambil secara berhati-hati dan diletakkan di atas slide atau sekeping kaca.

♥♥Slide ini akan terus dihantar ke makmal untuk kajian serta pemeriksaan di bawah mikroskop. Prosedur ini amat mudah dan cepat.

♥♥ Hanya beberapa minit sahaja, ujian pap smear siap dijalankan.Berapa kali ujian pap smear ini dilakukan kepada seorang wanita? Pap smear dilakukan setiap 3 tahun sekali.

♥♥Bagi wanita yang didapati keputusan pap smear tidak normal, ujian pap smear akan dilakukan lebih kerap lagi.

Apakah keputusan ujian pap smear yang akan diperolehi?

♡ Bagi kebanyakan wanita, keputusan ujian pap smear adalah normal. Ini menunjukkan sel-sel di pangkal rahim tersebut normal atau sihat sepenuhnya.

♡ Bagi sesetengah wanita, sel-sel pangkal rahim ini mungkin kelihatan tidak normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal barah.

♡Apabila ini terjadi, ujian pap smear akan dilakukan sekali lagi dan jika perlu, pemeriksaan seterusnya akan dilakukan.

¤¤ Apakah tindakan susulan yang perlu diambil?

♥Jika terdapat sebarang jangkitan oleh kuman atau kulat, seseorang wanita itu akan dirawat dengan memakan ubat.

Apakah rawatan untuk barah pangkal rahim?

♥Jika dikesan di peringkat yang lebih awal, proses pembedahan untuk pembuangan sel barah tidak merumitkan. Pembedahan ringkas iaitu pembuangan rahim sahaja akan dilakukan atau dikenali sebagai simple hysterectomy.

Bagi yang belum mempunyai anak, pembedahan seperti cone biopsy iaitu membuang hanya sel barah mungkin boleh dilakukan tanpa perlu membuang rahim.

Tetapi jika sel barah pangkal rahim telah merebak lebih jauh, maka terpaksalah dibuang rahim.

Pangkal rahim dan struktur organ wanita yang lain juga terpaksa dibuang. Kebanyakan kaum wanita yang tidak menjalani ujian saringan pap smear secara berkala akan dikesan mengihap barah pangkal rahim yang sudah di peringkat bahaya.

Apakah rawatan selanjutnya?

♡ Selepas pembedahan dilakukan, pesakit terpaksa menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi. Proses rawatan mengambil masa yang agak lama. Ini akan menyebabkan pesakit perlu berulang-alik ke hospital.

Adakah terdapat sebarang langkah bagi melindungi seseorang wanita itu dari penyakit barah pangkal rahim?

Kajian mendapati terdapat vaksin atau suntikan imunisasi yang dapat mencegah sehingga 70 peratus daripada jangkitan terhadap kuman virus Human Papilloma penyebab kepada barah pangkal rahim. Vaksin ini boleh didapati di klinik-klinik swasta di Malaysia.

Jika anda ingin ketahui mengenainya, kunjungilah klinik kesihatan dan dapatkan nasihat daripada doktor. Jika terdapat sebarang sel pangkal rahim yang tidak normal, seseorang wanita itu akan dirawat atau dirujuk kepada doktor pakar untuk penyiasatan dan rawatan selanjutnya.Barah pangkal rahim boleh dicegah. Jangan sampai terlewat.

Anda mampu lakukannya. Lakukan ujian saringan pap smear secara berkala. Dapatkan keterangan dari klinik kesihatan yang berhampiran. Amalkan cara hidup sihat. Langkah awal, menyelamatkan nyawa.

Sumber:Info sihat.gov

Jom sihat bersama shaklee..

Amalan makan vivix seusia muda membantu mengurangkan risiko kanser.

10 KEBAIKAN VIVIX!

1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan

2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius

3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung

4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis

5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf

6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk

7) Membantu dlm proses penurunan berat badan

8) Menyokong kesihatan mata

9) Meningkatkan kesihatan imum badan

10) Menggalakan kesihatan keseluruhan

Cakap je nak!!

Insyallah allah mudahkan.

Amin

No comments:

Post a Comment