hubungi saya :01139593915

hubungi saya :01139593915
#RAWATAN URUTAN TRADISIONAL/BEKAM-Ingin bertanya boleh hubungi saya 01139593915

Monday 14 July 2014

Nusyuz

NUSYUZ

NUSYUZ : Nusyuz adalah istilah agama. Asalnya diistilahkan kepada isteri yang tidak mentaati atau ingkar perintah suami dalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan agama.

Oleh itu Nusyuz ertinya isteri yang enggan mentaati perintah atau permintaan suami yang sah di sisi syarak.

Dalam al-Qur’an perkataan Nusyuz disebut sebanyak 2 kali, iaitu pada surat an-Nisaa’ ayat 34 dan 128. Lafaz Nusyuz pada ayat 34 ditujukan kepada seorang isteri, manakala ayat 128 lafaz Nusyuz ditujukan kepada para suami.

وَاللاَّتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلاَ تَبْغُواْ عَلَيْهِنَّ سَبِيلاً إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلِيّاً كَبِيراً ….

Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).

Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.

Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar”. (QS an-Nisaa’: 34)

وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِن بَعْلِهَا نُشُوزاً أَوْ إِعْرَاضاً فَلاَ جُنَاْحَ عَلَيْهِمَا أَن يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحاً وَالصُّلْحُ خَيْرٌ وَأُحْضِرَتِ الأَنفُسُ الشُّحَّ وَإِن تُحْسِنُواْ وَتَتَّقُواْ فَإِنَّ اللّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيراً"
Dan jika seorang wanita
khawatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikirز Dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tak acuh), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS an-Nisaa’: 138).

Jadi Nusyuz bukan sahaja jatuh kepada pihak isteri sahaja tetapi juga berlaku kepada pihak suami, iaitu apabila suami mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarga, menzalimi isteri dan anak-anak, serta tidak memberi pendidikan Islam kepada anak dan isteri, meremehkan isteri dan menghalang hak-haknya, suami sengaja menjauhkan diri dari isteri serta bersikap acuh tak acuh baik ketika bercakap, persetubuhan dan sebagainya.

Seorang isteri jatuh ke dalam isteri yang Nusyuz ;

i) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya, kerana benci atau seumpamanya;

ii) apabila dia meninggalkan rumah suaminya tanpa izin suaminya;

iii) apabila membantah perintah agama yang di suruh oleh suami, seperti solat, puasa dan sebagainya.

vi) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.

Penyelesaian Terhadap Isteri Nusyuz

Apabila seorang isteri itu telah nusyuz, perceraian bukannya satu-satu jalan keluar, cuba ikuti dahulu kaedah yang Islam syariatkan...Di dalam al-Quran, tindakan yang jelas telah disusun rapi sebagai panduan suami menangani masalah isteri yang nusyuz.

Ia adalah panduan yang digariskan oleh Yang Maha Pencipta, iaitu Allah SWT sendiri.

Tidak dinafikan ia juga adalah resolusi terbaik sekiranya dilaksanakan dengan cara atau langkah yang betul.

1. Nasihat yang baik

-Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh suami apabila mereka mendapati isteri telah nusyuz (derhaka) ialah (dengan segera) memberikan nasihat yang baik kepada si isteri.

Nasihat terbaik adalah dengan mengembalikan si isteri kepada Allah. Ingatkan mereka bahawa tindakannya itu telah menyakiti hati suami dan dikira derhaka serta yang paling penting dari semua itu adalah, telah dikenakan dosa oleh Allah SWT.Isteri yang baik (yang kenal serta beriman dengan Allah, tahu nikmat dan azab yang Allah sediakan) terus akan terdidik dengan nasihat yang baik itu. Sebab itulah, perkara pertama yang menjadi tanggungjawab suami apabila diijab-kabulkan ialah mempastikan isteri betul-betul kenal dengan Allah.

Dunia hari ini menyaksikan ramai orang yang mengaku beriman tetapi tidak betul-betul kenal dengan Allah. Mereka lebih mengenali ibu ayah, sanak saudara hatta diri sendiri lebih daripada mengenali Allah. Padahal, pada diri mereka sendiri itu, tanda-tanda kewujudan, kekuasaan dan keagungan Allah.

Nasihati isteri dengan sifat-sifat isteri Rasulullah, isteri para sahabat dan orang-orang soleh. Izinkan mereka berfikir dan membuat perbandingan sifat mereka berbanding dengan isteri orang-orang yang disebutkan tadi. Pandulah di mana-mana sekiranya mereka memerlukan. Isteri boleh dianggap anak murid pertama dan yang sentiasa mendapat prioriti pertama dalam segala hal.

Ingatkan isteri bahawa dunia akhir zaman ini memang indah untuk dikejar. Kadang-kadang berlaku sehingga suami tertinggal jauh di belakang. Ingatkan mereka bahawa dalam peristiwa israk dan mikraj, nabi diperlihatkan isi neraka. Ramai penghuninya adalah golongan wanita. Ramai isteri orang. Suruh mereka cari penyebabnya dan kalau tak jumpa, maka di antara jawapannya adalah “isteri nusyuz…”

2. Asingkan tempat tidur

-Tindakan kedua apabila selepas beberapa ketika isteri masih meneruskan perangai nusyuznya itu ialah mengasingkan tempat tidur, iaiatu suami tidak tidur bersama mereka di tempat tidur khas untuk anda berdua selama ini. Dan anda berada di dalam rumah anda (yang sama). Jangan lupa untuk tidak bercakap kerana langkah pertama iaitu nasihat yang baik itu telah berakhir.

Langkah kedua ini adalah lebih kepada perbuatan bukan percakapan. Tetapi tempoh tidak bercakap jangan melebihi 3 hari, kerana hal itu dilarang oleh Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam.Isteri, kalau benar masih ada rasa hormat dan sayang pada suaminya, pasti akan terasa (kekurangan, hina) apabila sahaja si suami mengalihkan pandangan daripadanya. Inikan pula kalau sudah tidak ingin lagi tidur di sebelahnya.

Mereka akan terfikir bahawa mereka sudah tidak ada nilai isteri lagi. Kerana semua peradaban baik mengetengahkan bahawa, tempat isteri adalah di sisi suami.

3. Memukulnya dengan pukulan mendidikJangan anda fobia dengan perkataan pukulan. Dalam Islam memang Allah ajar. Anak kalau umur 10 tahun juga masih liat (tak nak) solat, pukul. Kalau tak pukul, anda akan hadapi masalah. Kerana ajaran pukul ini adalah daripada Allah.Pukul isteri.

Allah tegaskan, dengan pukulan yang tidak mencederakan. Iaitu pukulan mendidik. Sebab itulah, selepas ajaran kedua (mempastikan jatidiri isteri) yang perlu disematkan oleh si suami di malam pertamanya, maka perlu ajaran ketiga iaitu beritahu mereka apakah tindakan yang suami akan lakukan kalau didapati isteri itu dan ini. Jangan lupa beritahu isteri juga bahawa, kalau suami dah mulakan langkah menangani nusyuz, maknanya nafkah (zahir batin) pun turut akan dihentikan sama.Jangan anda masih terfikir bahawa nafkah batin itu adalah seks. Tafsiran itu telah lapok dan agak ketinggalan zaman. Seks adalah nafkah zahir. Sebab ia menggunakan benda zahir yang nampak. Sebaliknya nafkah batin itu adalah kasih sayang, perhatian, perasaan dan sebagainya yang melibatkan hati yang memang tak nampak. Sebab apa-apa yang batin itu diistilahkan kepada perkara yang tak nampak.Apa reaksi isteri yang insafSukacita diulangi.

Kalau isteri anda baik. Apabila sahaja anda mulakan kuliah agama padanya, dia dah mula sedar. Kali pertama mereka pasti menangis. Kalau dah banyak kali, susah dah nak menangis, tetapi suara akan berubah. Muka tunduk. Insaf. Terutama apabila dengar al-Quran yang ditafsirkan (diulang tafsir) oleh suaminya sendiri. Saidina Umar al-Khattab pun cair dengar al-Quran, inikan pula seorang perempuan yang berstatuskan isteri.

Oleh itu walau di mana letak diri anda, mulakanlah dari langkah yang pertama apabila ingin selesaikan masalah nusyuz. Kalau setelah 10 tahun berkahwin, anda belum kenalkan diri isteri kepada Allah, mula perkenalkanlah.

Begitulah langkah-langkah yang seterusnya. Sabarlah kerana anda sebenarnya telah terlewat. Ini mungkin petanda Allah sayangkan diri anda, kerana Dia menginsafkan anda di dunia sebelum akhirat.KesimpulanSekiranya semua langkah perlu sudah anda ambil, tetapi isteri masih belum sedar akan perbuatan nusyuznya, maka anda perlu pula mulakan langkah untuk tidak lagi kekal bersama sebagai suami isteri.

Langkah pertama yang dianjurkan Islam adalah melantik seorang wakil di pihak anda dan seorang di pihak isteri bagi membincangkan masalah kamu berdua.Sekiranya itu pun tidak dapat diselesaikan, bawakan kes ini ke muka pengadilan dunia. Bawa isteri ke sisi kaunseling, jumpa qadhi atau apa sahajalah tindakan kerana isteri anda memang selayaknya ditinggalkan (sekiranya dia masih, masih dan masih meneruskan sifat nusyuznya itu)

Semoga kita semua (sebagai suami atau isteri) dijauhkan daripada segala keburukan dan kejahatan diri sendiri, orang lain, syaitan serta sekutu-sekutunya itu. Wassalam.

No comments:

Post a Comment