hubungi saya :01139593915

hubungi saya :01139593915
#RAWATAN URUTAN TRADISIONAL/BEKAM-Ingin bertanya boleh hubungi saya 01139593915

Tuesday 5 August 2014

Atasi penyakit Was-was


Akib dari Utusan Online-Info KESIHATAN

Atasi penyakit was-was



ASSALAMUALAIKUM Tuan Haji Lokman, saya Karim 25 tahun, berasal dari Besut Terengganu. Sejak dua bulan lalu saya mengalami masalah ragu-ragu dalam aktiviti harian terutama ketika beribadah. Saya kerap ragu-ragu bilangan rakaat semasa solat. Ketika mengambil wuduk saya terpaksa mengulanginya beberapa kali kerana ragu-ragu. Apakah ini antara tanda saya mengalami gangguan Jin? Harap dapat membantu.

Jawapan

Perasaan ragu-ragu satu fenomena lazim di kebanyakan manusia. Individu yang diserang penyakit ragu-ragu selalunya akan menghadapi kesukaran menjalani kehidupan harian.

Bahayanya bukan setakat menyukarkan seseorang menilai dan membuat keputusan, malah pada satu tahap hati tidak tenteram.

Bagi umat Islam, ia mengganggu tumpuan dalam aspek keimanan dan amal ibadah. Jika dilihat situasi yang digambarkan, menurut perspektif Islam penyakit yang dihadapi Karim dinamakan was-was (dalam bahasa Arab 'waswasah') iaitu bisikan yang tidak diundang dalam jiwa dan pemikiran.

Bisikan dalam hati atau pemikiran dilakukan oleh jin dan syaitan. Sejenis jin - Al-Maraddah bertugas membisik di hati dan mengganggu perasaan agar manusia ragu-ragu atas was-was. Al-Maraddah membisikkan perkara bukan-bukan supaya timbul kecelaruan di dalam hati.

Ia membuatkan suatu perasaan tidak sempurna dan menghilangkan keyakinan terhadap ibadat.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia, yang menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". - (Surah An-Nas : 1-6)

Gangguan was-was pernah menimpa salah seorang sahabat Rasulullah bernama Utsman bin Abil 'Ash. Ia telah datang ke Rasulullah saw seraya mengadu, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku terganggu", Rasulullah menjawab, :Itulah syaitan yang disebut dengan 'Khinzib'. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah.' Aku pun melakukan hal itu, dan Allah menghilangkan gangguan itu dariku." - (HR. Muslim).

Penyakit was-was boleh kronik hingga ke peringkat di mana pesakit menjauhi daripada amalan ibadat dan meninggalkan ketaatan. Ada juga yang boleh sampai ke peringkat syirik.

Rawatan moden Dalam perubatan moden, penyakit was-was dikenali sebagai Obsessive Compulsive Disorder (OCD) - penyakit mental akibat kerisauan dan mempunyai gaya pemikiran dan tingkah-laku bersifat memaksa.

Dikatakan OCD berpunca daripada paras serotonin tidak normal di dalam otak. Serotonin berperanan mengawal perasaan kurang senang dan perkara yang menimbulkan gangguan.

OCD dikaitkan dengan kebimbangan melampau atau anxiety neurosis yang menyebabkan kecelaruan panik atau 'panic disorder' dan 'phobia' atau ketakutan keterlaluan.

Ubatan moden untuk OCD biasanya adalah ubat anti-SSRI berfungsi mengembalikan kadar hormon serotonin di dalam otak kepada normal. Namun, ubatan moden banyak kesan sampingan negatif.

Bahaya was-was Mengganggu aktiviti seharian

Ini adalah kerana setiap perbuatannya dilakukan berulang-ulang kali menggunakan lebih masa.

Hidup tidak tenang

Individu yang mengalami masalah ini akan menghadapi tekanan perasaan.

Ganggu ketenteraman orang lain

Mereka yang mengalami gangguan was-was terutama ketika solat berjemaah akan mengganggu makmum lain.

Meninggalkan sunah Rasul

Sebagai contoh ketika mengambil wuduk. Mereka ragu sama ada anggota wuduk telah dibasuh tiga kali atau tidak? Akhirnya mereka membasuh melebihi sunnah.

Merosak akidah

Apabila was-was yang dideritai adalah was-was keimanan atau akidah, maka was-was tersebut akan menjadikannya keluar dari iman dan akidah. Inilah kesan paling berbahaya.

Perubatan Islam Sebagai umat Islam, sewajarnya kita berubat secara Islam. Sebagai contoh, seorang pesakit kami Nasrol, seorang penuntut di IPTA menghadapi masalah was-was semasa mengambil wuduk dan menunaikan solat. Setelah rawatan dilakukan perawat Al-Hidayah, didapati Nasrol mengalami gangguan jin. Setelah gangguan dikeluarkan, Nasrol diberikan surah amalan seperti Surah Az-Zummar ayat 59-75 dan Surah Toha ayat 60-70. Dalam empat minggu was-was Nasrol berkurangan.

Cara merawat was-wasBagi mengelak perasaan was-was berlaku, boleh mencuba amalan berikut:-

1- Lakukan apa yang diperintahkan Allah tanpa memikirkan adakah ia diterima atau tidak, kerana Allah tidak membebankan ke atas seseorang melainkan apa yang mampu dilakukan.

2-Apabila anda ragu-ragu tentang

kesempurnaan wuduk atau terlupa untuk berniat. Fikirkanlah bahawa ini merupakan gangguan dari syaitan.

3- Hendaklah orang yang ditimpa

was-was sedar bahawa was-was yang menyerangnya adalah tanpa kehendaknya.

4- Banyakkan zikir dan berdoa

kepada Allah kerana Dialah yang Maha Penyembuh. Doa antara perkara mujarab kerana doa akan memberikan kita ketenangan dan ketenteraman dalam hati.

5- Surah amalan yang diberi untuk

diamalkan oleh pesakit perlulah istiqamah (berterusan mengamalkannya).

Bila seorang mukmin diuji dengan was-was, hendaklah bersungguh-sungguh meminta kesembuhan dan keselamatan daripada Allah. Perbanyakkan "isti'adzah" kepada Allah daripada gangguan syaitan yang membisikkan was-was.

Khusyuk dalam ibadah adalah wajib. Justeru, wajib bagi setiap muslim berusaha mengubati serta mengelakkan diri daripada was-was agar ibadah lebih sempurna. Wallahu alam.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130825/kn_04/Atasi-penyakit-was-was#ixzz39aCoPIbt 

© Utusan Melayu (M) Bhd


.............................................................................................................................................................


Doa Hilangkan Was-was


يَااَللهُ يَا قَرِيبٌ يَا مُجِيبٌ يَا حَفِيظٌ يَا رَؤُفٌ يَا عَلَى يَا عَظِيمٌ يَا شَكُورُ يَا حَلِيمُ يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ يَا مَنْ هُوَقَائِمُ عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ حُلْ بَيْنِى وَبَيْنَ عَدُوِّكَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَدَدَمَا اَحْصَاهُ كِتَابُكَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.


Ya Allah ya Tuhan yang dekat, mengabulkan, memelihara, belas kasihan, benar, memberi nikmat, yang sabar, yang hidup dan yang menjaga alam semesta. Ya Zat yang berdiri di tiap-tiap jiwa sebab apa yang telah dilakukan, hilangkanlah antara kami rasa was-was dari musuhMu. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda.


*********

Was-was adalah berpunca daripada syaitan. Syaitan ingin mengganggu manusia terutamanya ketika dalam ibadah. Contohnya dalam solat, kadang-kadang ada antara kita yang was-was mengangkat takbir, was-was ketika berwudhuk dan lain-lain lagi. Sifat was-was ini dapat mengganggu kekhusyukan kita. Semoga kita dijauhkan dari sifat was-was ini. InsyaAllah...


terataihumaira.blogspot.com

No comments:

Post a Comment