hubungi saya :01139593915

hubungi saya :01139593915
#RAWATAN URUTAN TRADISIONAL/BEKAM-Ingin bertanya boleh hubungi saya 01139593915

Tuesday 5 August 2014

Sayyidina Usman yang dermawan




Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.anhu berkata :” Sayyidina Uthman r.anhu membeli syurga daripada Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak dua kali dengan jual beli yang hak (benar), (pertama) setelah Sayyidina Uthman r.anhu menggali perigi rumah , dan (kedua) setelah menyiapkan bala tentera pada masa kesulitan.” (Riwayat Imam Al-Hakimrah. di dalam Al-Mustadrak)

Ketika kaum muslimin hijrah dari Mekah ke Madinah, mereka menghadapi masalah bekalan air. Di sana memang ada sebuah perigi, tapi perigi itu milik seorang Yahudi dan airnya diperdagangkan. Hijrahnya kaum muslimin ke Madinah amat menggembirakan kerana memberinya kesempatan untuk memperoleh wang yang banyak daripada hasil penjualan air perigi.

Rasulullah SAW amat berharap jika salah seorang sahabat mampu membeli perigi itu untuk meringankan beban kaum Muhajirin yang menderita kerana harta mereka ditinggalkan di Makkah. Mengetahui kejadian itu, Sayyidina Usman r.a. pergi ke rumah orang Yahudi itu untuk membeli perigi itu. Selepas tawar-menawar, harga perigi itu 12,000 dirham dan dengan perjanjian satu hari hak orang Yahudi itu, dan keesokan harinya untuk Sayyidina Usman.

Pada giliran Sayyidina Usman, kaum Muslimin bergegas mengambil air yang cukup untuk keperluan dua hari. Dengan demikian si Yahudi berasa rugi, kerana tidak ada lagi yang membeli air pada gilirannya,

Orang Yahudi itu mengeluh kepada Sayyidina Usman, dan akhirnya dia menjual perigi itu kepada Sayyidina Usman dengan harga 8,000 dirham.Perigi Raumah mengalirkan air yang melimpah bagi kaum Muslimin dengan percuma. Itulah kedermawanan Sayyidina Usman r.a.

Malaikat pun malu pada Sayyidina Usman

Diriwayatkan dari Aishah r.a.:

Rasulullah s.a.w sedang berbaring di dalam rumahnya dalam keadaan paha atau betisnya terbuka.

Abu Bakar r.a. meminta izin untuk masuk dan diizinkan masuk sementara Rasulullah s.a.w. masih berada dalam keadaan itu and beliau masuk ke dalam dan bercakap dengan Baginda s.a.w.

Kemudian, Umar r.a. meminta izin untuk masuk. Beliau dizinkan masuk dan bercakap dengan Baginda s.a.w dalam keadaan itu.

Kemudian Usman r.a meminta izin dan Rasulullah s.a.w. dan Baginda bangun dan membetulkan pakaiannya. Setelah beliau beredar, Aisyah berkata: “Abu Bakar masuk dan kamu tidak bangun untuknya atau bimbang tentangnya, Umar masuk dan kamu tidak bangun untuknya atau bimbang tentangnya, tetapi bila Usman masuk, kamu membetulkan pakaian kamu”

Nabi saw bersabda; Apakah saya tidak malu terhadap Utsman? Sedangkan malaikat pun malu padanya!(Muslim:6159, Ahmad:VI/62)

Kematian Sayyidina Usman

Diceritakan Sayyidina Usman dibunuh kerana melantik kroni iaitu ahli keluarganya dalam kerajaan pemerintahannya. Orang ramai marah dengan tindakannya melantik kroni. Sebenarnya tidak salah melantik kroni sekiranya mereka layak, menjalankan tugas dengan betul, jujur, boleh menjadi penasihat yang baik dan dipercayai. Rasulullah saw juga melantik kroninya seperti Sayyidina Abu Bakar r.a. dan Sayyidina Umar r.a.. Semasa dibunuh, darahnya menitis di atas al-quran, beliau bertanya “Apakah aku telah melakukan salah satu dari 3 perkara yang menghalalkan darahku ditumpahkan? Ketiga-tiganya aku tidak terlibat”


Rasulullah SAW telah bersabda:“Tidak halal darah seorang muslim kecuali dengan sebab salah satu dari tiga perkara, iaitu: janda yang melakukan zina, pembunuh jiwa dengan dibalas bunuh, dan orang yang meninggalkan agama yang memisahkan diri dari jemaah(Islam).”(HR. Al-Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment