hubungi saya :01139593915

hubungi saya :01139593915
#RAWATAN URUTAN TRADISIONAL/BEKAM-Ingin bertanya boleh hubungi saya 01139593915

Thursday 16 January 2014

Sakit kencing manis? Dan Doa ....

Saya ada sakit kencing manis....

Risaulah BT......jamgan Risau ok...yang pengting  sesiapa yang ada sakit kencing manis ni ...yang paling penting adalah  disiplin...

Dr Syukor -Tawakal....

'Pernah nasihatkan hubby BT...jamgan keluar minum dengan kawan selalu...nanti terlajak makan..ahak...'

Hubby BTni Comel Orang nyer.....

Ni pun dah kecil sikit badan dia....hensemkan.....

 

Than anak2 pun sihat walaupun hubby BT tak sihat...anak2 BT semua Comel U all...

 
Semua nya kerana penjagaan kesihatan yang di didik dengan disiplin tu penting...jadi u all kena tahu
 
Apa itu diabetes?

Diabetes atau sinonim sebagai kencing manis merupakan satu keadaan di mana paras gula dalam darah adalah tinggi.

Ia disebabkan oleh berlakunya kekurangan insulin atau fungsi terjejas atau kedua-duanya sekali.

Apa itu insulin?

Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas bagi mengawal paras glukosa dalam darah. Tanpanya, paras glukosa darah akan meningkat.

Paras glukosa darah sentiasa tinggi menyebabkan gangguan metabolisme karbohidrat, lemak dan protein dalam badan.

Tanda-tanda diabetes
 
Kerap membuang air kecil, berasa terlalu dahaga, sentiasa lapar, penglihatan kabur, nafas berbau manis, penurunan berat badan, keletihan dan luka yang lambat sembuh.
 
Itulah yang selalu hubby BT lalui sebelum disahkan sakit kencing manis U all...
 
Tapi Bt kuat kan semangat...
 
 
 
Dengan nasihat dari doktor pakar ...dengan mengambil diet yang betul U all juga kena tahu...
 

Pengurusan diabetes

Amalkan pemakanan sihat seperti kurangkan makanan yang bergula, berlemak dan berminyak.

Makanan berprotein seperti ikan, makanan laut daging merah, telur, keju rendah lemak juga hendaklah diambil secara sederhana.

Banyakkan memakan kacang, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan makanan berkarbohidrat dalam sajian yang sesuai pada setiap hari.

Adalah penting untuk tidak mengelak atau melangkau waktu makan. Ikut waktu yang telah ditetapkan. Cuba aturkan masa makan yang sesuai sepanjang hari. Padankan waktu makan dengan waktu makan ubat.

Makanlah mengikut umur dan tahap aktiviti fizikal anda. Lakukan senaman ringan atau sederhana dan bersenamlah selama setengah jam.

Antara aktiviti kecergasan yang boleh anda lakukan mengikut kesesuaian usia adalah berjalan pantas, mengayuh basikal, berkebun, berenang, memancing, mencuci rumah, mengemop lantai, bermain bola tampar, golf dan lain-lain.


 
Selalu juga hubby BT di awal menjaga Diet yang betul mengalami seperti:-
 
Hipoglisemia
 
Hipoglisemia atau kekurangan gula di dalam darah boleh berlaku dari semasa ke semasa di kalangan pesakit diabetes.
Ia terjadi akibat pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan, melangkau waktu makan, senaman berlebihan, pengambilan alkohol yang tinggi atau mengambil ubat-ubatan lain bagi penyakit-penyakit lain.

JADI MAKANAN TAMBAHAN JUGA PENTING U ALL...

SHALEE ADALAH YANG TERUNGGUL DAN BAIK UNTUK KESIHTAN YANG BERPANJANGAN



U all Boleh Cuba dengan GLA Complex/Alfalfa Complex dan Zinc Complex dan Vita C 500mg

 

 



Insyallah...U alll yang penting Doa ...diiringi bersama...

BT share dengan U all ..Doa ni baik untuk orang yang ada sakit kencing manis /darah tinggi dan sakit jantung...

Cara-caranya:
Letak tangan kanan pada dada disebelah kiri dan bacalah kedua-dua doa ini. Amalkan selalu, insyaAllah mendapat kesembuhan dari Allah SWT.
DOA 1.
Maksudnya:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
DOA 2.
Maksudnya:
“Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).” (Surah Fushillat: Ayat 44)
 
AMIN





No comments:

Post a Comment